AYAM MASAK MERAH VERSI MESIR


Kali ini saya ingin berkongsi masakan ayam masak merah versi Mesir . Maklumlah baru-baru nak mencuba memasak di Mesir tetapi saya tidak risau kerana saya sudah ada pengalaman sedikit semasa berada di Malaysia. Memasak bersama emak saya tercinta , bila saya memasak dirongga - rongga teringa ini sentiasa mengingati pesanan2 dan petua2 yang diberikan untuk memasak . Alhamdulillah ini lah hasilnya dan saya akan share kepada sahabat-sahabat yang sayangi sekalian . Selamat mencuba masakan simple dari saya.



Bahan - bahan Memasak :


1) Ayam - potong kasar (1 ekor)
2) Bawang Besar - dibelah empat (2 biji)
3) Bawang Putih (4 ulas)
4) Tomato Puri (1/2 cawan)
5) Pes Cili (1/2 cawan)
6) Minyak Masak (2 sudu besar)
7) Minyak Sapi (1 sudu besar)
8) Gula (sedikit)
9) Garam (sedikit)
10) Bahan tambahan ( Tomato , daun bawang utk hiasan dan penaik )



Cara - cara Memasak :


1) Kisar hancur bawang besar, dan bawang putih bersama sedikit air , saya menggunakan bahan ini kerana bahan seperti lengkuas, dan serai tidak terdapat di Mesir . Jika ada bahan ini masukkan sekali untuk dikisar bersama-sama bawang besar dan bawang putih .

2) Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis bahan-bahan kisar bersama pes cili. Kacau rata dan taburkan gula.

3) Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam. Diikuti dengan tomato puri.

4) Kacau rata dan biar hingga kuahnya pecah minyak dan mendidih.

5) Kemudian masukkan bahan tambahan tadi kedalam kuah tersebut.

6) Hidangan sudah siap untuk disediakan . Selamat menjamu selera ... :-)

Leave a respond

Post a Comment