KARI TELUR BAIT WASOTI
Labels:
Masakan Telur

Okey masakan untuk hari ini adalah masak kari telur. Mari kita cuba masak telur . Seringkali kita masak dan makan masakan ayam , daging dan sebagainya . Di segmen ini saya mahu mencuba masak telur pula . Alhamdulillah ini lah hasilnya dan saya akan share kepada sahabat-sahabat yang sayangi sekalian . Selamat mencuba masakan simple dari saya .
Bahan - bahan Memasak :
1) Telur rebus (10 biji)
2) Susu cair buhairah (Mesir) atau Santan (3 cawan)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Halia (1 cm)
6) Asam (1 keping)
7) Pes cili (2 sudu besar)
8) Serbuk ketumbar (1 sudu kecil)
9) Serbuk kari babas / adabi dan dll
9) Gula (sedikit)
10) Garam (sedikit)
11) Bahan tambahan ( Tomato , Ubi Kentang dan Dll )
Cara - cara Memasak :
1) Kisar halia, bawang merah dan bawang putih bersama sedikit air.
2) Masukkan susu cair buhairah atau santan, serbuk ketumbar , serbuk kari dan pes cili ke dalam periuk.
3) Masukkan bahan kisar dan didihkan. Kacau sekali-sekala untuk mengelak santan berketul.
4) Masukkan asam keping dan gula. Kacau seketika dan masukkan telur dan garam.
5) Kemudian masukkan bahan tambahan tadi kedalam kuah tersebut.
6) Biar mendidih sehingga masak .
7) Hidangan sudah siap untuk disediakan . Selamat menjamu selera. :-)




Leave a respond
Post a Comment