Masak Ayam Kurma



Pasti rasa enak dan sedap masakkan ayam kurma . Kalau di Mesir ini , orang arab suka makan masakkan ayam kurma . Terliur bila sebut masakan ini . Jadi , di segmen ini saya mahu mencuba masakkan ayam kurma pula . Alhamdulillah ini lah hasilnya dan saya akan share kepada sahabat-sahabat yang sayangi sekalian . Selamat mencuba masakan simple dari saya .



Bahan - bahan Memasak :


1) Daging Ayam bahagian peha dipotong2 kecil (5 ketul )
2) Susu cair buhairah (Mesir) atau Santan (3 cawan)
3) Bawang putih (3 ulas)
4) Bawang merah (4 ulas)
5) Buah pelaga (2 biji )
6) Bunga Cengkih (1 kuntum )
7) Kulit kayu manis (1 batang )
8) Rempah Kurma ( Agak2 utk 6 orang makan )
9) Gula (sedikit)
10) Garam (sedikit)
11) Bahan tambahan ( Tomato , Ubi Kentang dan Dll )




Cara - cara Memasak :


1) Kisar , bawang merah dan bawang putih bersama sedikit air.Kemudian tumiskan bahan-bahan ini dan diikuti juga buah pelaga , bunga cengkih , kulit kayu manis ke dalam periuk sehingga naik minyak.


2) Masukkan ayam bersama rempah kurma yang telah digaul dengan air dan masak sehingga rempah masak .

3) Masukkan air mengikut keadaan dan kemudian diikuti susu cair buhairah atau santan ke dalam periuk. Kacau sekali-sekala untuk mengelak santan berketul. Masukkan kentang supaya kentang itu menjadi empuk .

4) Masukkan garam dan gula secukup rasa . Kemudian masukkan bahan-bahan tambahan seperti tomato .

5) Biar mendidih sehingga masak .

6) Hidangan sudah siap untuk disediakan . Selamat menjamu selera. :-)

2 comments

Ummu Mariah Solehah 12 May 2013 at 04:46

Saya ingat saya nak buat juga mcm ni tp masih tidak dimulakan lagi.Akhirnya,Tinta Iffat Altamis mendahului saya...Teruskan perkongsian...

Unknown 14 May 2013 at 09:25

Teruskan perkongsian ilmu....memberi lebih manfaat daripada menerima kerana kedua2nya baik tetapi yg lebih baik dan berlipat gandanya dalam pengaplikasian adalah dengan sentiasa memberi . Proses ini melahirkan diri kita untuk sentiasa menerima dan bersyukur apa yg kita dapat kerana kita diberi oleh Allah pancaindera, kelebihan,kelemahan dan sbgnya tetapi cuba kita fikir , adakah kita tidak boleh memberi kepada orang lain seperti Sang Pencipta memberi kepada Sang Hambanya . Fikir2kan dan selamat beramal ........... :-)

Post a Comment