Puding Roti.... Sedapp !!!



Menu untuk kali ini paling simple dan mudah sahabat-sahabat sekalian untuk masak iaitu Puding Roti . Sahabat-sahabat pernah makan dan merasai puding roti tak ???? Mesti ada yang pernah dan ada yang tidak pernah ...... Jika sahabat2 ingin merasai keenakan puding roti ini , mari ikuti saya untuk membuat menu ini .  Alhamdulillah ini lah hasilnya dan saya akan share kepada sahabat-sahabat yang sayangi sekalian . Selamat mencuba  menu yang dibuat ini .



BAHAN-BAHAN

Roti 4/5 Keping Roti (Di potong kecil2)
1 Paket Serbuk Agar-agar (natural)
1 Sudu Teh Esen Vanilla
2 Biji Telur
1/2 tin susu
5 sudu gula pasir
Air 1liter

Cara-cara Memasak

Bahan untuk di kisar:
Roti yang dipotong kecil
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
# Masuk semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga lumat


Bahan dalam kuali (Untuk masak)

Air 1 liter
1 paket serbuk agar2
5 sudu gula pasir

(Panaskan bahan di atas sehingga sebati)


1. Selepas bahan di atas sebati dan sekata masukkan bahan yang dikisar td ke dalam kuali .
2. Kacau bersama-sama hingga agak pekat.
3. Selepas pekat, tutup api then masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais . 
4. Before masukkan dlm peti ais sejukkan dahulu nanti peti ais rosak kalau masuk panas2 . huhuhuh..

5. Hidangan sudah siap untuk disediakan . Selamat menjamu selera. :-)

2 comments

kim 26 May 2013 at 02:07

assalamualaikum..nk tny,,agak2 klu kurg kn kuantiti susu pekat yg digunakn,,sdp x?

Unknown 26 May 2013 at 06:48

jd xsedap plak sbb xberlemak n xrasa puding susu tuhhh....

Post a Comment