
Malam ini sekadar ingin berkongsi Makaroni Sup yang mudah tetapi sangat disukai oleh pengemar sup dan makaroni . Bagi orang yang sudah dewasa pula yang mahu makanan itu sedap dimakan , jangan lupa hidangkan dengan sambal kicap dan bahan2 tambahan yang lain . Alhamdulillah ini lah hasilnya dan saya akan share kepada sahabat-sahabat yang sayangi sekalian . Selamat mencuba masakan simple dari saya .
Bahan - bahan Memasak :
1) 250 gram Makaroni – direbus lembut kemudian ditos
2) 1 biji Carrot – potong ikut kegemaran
3) 1 biji Kentang – potong dadu
4) 10 Cawan Air
5) 1 Kiub Sup Bunjut
6) 1 Kiub Ayam
7) Bawang putih (1 ulas)
8) Bawang merah (3 ulas)
9) 1 Sudu kecil serbuk lada hitam
10) Gula (sedikit)
11) Garam (sedikit)
Cara - cara Memasak :
1) Panaskan minyak secukupnya dalam periuk . Kemudian tumiskan bahan seperti bawang putih dan bawang merah yang dihiris .
2) Masukkan 10 cawan air berserta kiub sup bunjut dan kiub ayam . Biarkan ia mendidih .
3) Bila sup sudah mendidih masukkan bahan seperti kentang yang dipotong dadu dan carrot . Selang masa dalam 3 minit masukkan serbuk lada hitam , gula dan garam secukup rasa .
4) Bila kentang sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus dan akhirnya kacau dengan rata bahan2 yang dimasukkan tadi.
5) Hidangan sudah siap untuk disediakan . Selamat menjamu selera.:-)




2 comments
SOdapnyer ~~~ nak try
trylahh...bila lagi nak cuba masakkan . Pasti rasa sedappp
Post a Comment